fbpx

Tidak asing lagi nama butik Uniqlo dalam kalangan masyarakat hari ini. Sebut sahaja Uniqlo pastinya anda terbayang koleksi baju, seluar mahupun pakaian lain yang cantik dan intrend bukan?

Kali ini, Uniqlo mengeluarkan satu koleksi yang sangat sesuai untuk lelaki, wanita mahupun kanak-kanak. Memandangkan negara kita sekarang bercuaca panas, dan rata-rata di antara kita sering terdedah dengan sinaran UV untuk melakukan tugasan harian.

Uniqlo memperkenalkan koleksi yang ala sweater yang menggabung trend terkini lengkap untuk menghindari sinaran UV.

Boleh dikatakan anda akan terhindar sebanyak 90% sinaran UV jika anda mengenakan koleksi ini ketika berada di luar rumah.

Tidak terhad untuk bersukan semata-mata, koleksi ini juga membolehkan anda untuk bergaya secara casual di mana sahaja. Yang paling penting cantik dan banyak pilihan warna yangawesome.

Koleksi Uniqlo kali ini memang akan buat anda jatuh cinta dengan material kainnya iaitu dari material AIRism yang akan memberi kesan kesejukan serta selesa buat si pemakai. Ha yang kerja delivery food tu elok lah anda rembat sehelai koleksi ini!

Bagi anda yang gemar bersukan pun cantik juga jika mengenakan koleksi terbaru ini. Bahagian zip di hadapan mampu buatkan anda bergaya dengan seribu satu gaya yang menarik.

Manakala bahagian penutup kepalanya pula akan melindungi kepala anda dari terkena sinaran cahaya matahari yang terik.

Bukan itu sahaja, di bahagian kiri kanannya mempunyai poket yang membolehkan anda meletakkan alat elektronik anda ketika bersukan mahupun bersiar-siar.

Cantik dan menawan buat si pemakai, itu yang mampu kami katakan. Memang sangat sesuai dengan cuaca sekarang dan yang paling penting tidak terhad dengan satu gaya pemakaian sahaja.

Jadi untuk anda yang nak jimat koleksi baju dalam almari tu boleh lah grab keluaran terbaru Uniqlo ini. Confirm ramai yang puji bila anda pakai.

Maklumat lanjut layari laman rasmi Uniqlo.