fbpx

Ungu Sedang Merancang Konsert Amal Untuk Mangsa Gempa Bumi

Kami merasa cukup bersimpati dengan bencana alam yang menimpa Sumatera Barat yang sehingga ini mencatat kematian ratusan rakyatnya.

Mungkin ada hikmah yang lebih besar untuk rakyat Indonesia atas semua ini. Kumpulan Ungu turut merasakan yang mereka mempunyai tanggungjawab sosial terhadap mangsa gempa bumi di’sana.

Menurut Pasha, Ungu turut bersedih dengan apa yang menimpa kerana angka kematian yang tinggi. Tidak duduk diam, Ungu merancang untuk mengadakan sebuah konsert amal tidak lama lagi.

Konsert yang bertujuan untuk meringankan beban mereka yang terlibat dengan bencana ini sedang dalam perancangan dan masih belum ada tarikh tetap.

Semoga usaha murni kumpulan Ungu ini akan di’sertai band-band Indonesia yang lain’nya kerana pengaruh besar mereka mampu membawa dana lebih besar buat mereka yang tidak bernasib baik.