Ungku Ismail Akui Rindu Nad Zainal, Sebelum Ini Ceria Sekarang Sunyi
Pelakon Ungku Ismail yang mengakui sedang rapat dengan aktress, Nad Zainal tidak berselindung bahawa dia rindukan teman wanitanya itu.
Memetik Harian Metro, Ungku Ismail berkata sejak Nad sakit, kehidupannya yang sebelum ini cerita bertukar sunyi serta rindu utuk meluangkan masa dengan aktres itu.
BACA: Update Keadaan Nad Zainal Di ICU, Ungku Ismail Akui Sedang Kenal Hati Budi
“Saya sayang dia sebagai manusia. Dia sangat baik dan bertimbang rasa. Saya juga rindu untuk meluangkan masa dengannya pergi makan berdua.
“Kami suka mencuba makanan di semua restoran di Kuala Lumpur. Apabila jadi begini tentulah lain jadinya. Apapun saya okey kerana ini adalah ujian untuk kami berdua,” katanya.
Ungku Ismail sempat berkongsikan mereka mula rapat ketika menjayakan penggambaran drama Cina Buta kemudian bersama-sama terlibat dalam program travelog.
“Cerita kami ini adalah selepas dia bercerai. Bila dia isteri orang, tak mungkin kami nak rapat. Saya mula rapat dengannya ketika kami bersama-sama menjayakan penggambaran drama Cina Buta.
“Selepas itu, saya mengajak dia merakamkan program travelog dan dia okey walaupun penggambaran itu membabitkan kos. Dia sanggup buat bersama-sama dan melabur. Kita tahu susah nak mencari pelakon yang boleh melakukan perkara ini bersama-sama tapi dia setuju dan suka,” katanya.
Mengakui tidak mampu menipu diri sendiri bahawa ada hati pada Nad, bagaimanapun Ungku Ismail berkata buat masa ini tidak dapat memberi kata putus mengenai hubungan mereka.
“Tipulah kalau saya cakap saya tiada hati. Cuma sekarang saya tak mahu berikan kata pasti atau kata putus, mengenai apa hubungan saya dengan dia.
“Kita sekarang mahu fokus pada kerja kita dan menjayakan travelog ini. Malah kami sepatutnya ke Jepun, esok tapi ia terpaksa ditunda dalam keadaan begini. Saya melaporkan perkembangan terkini Nad juga atas tanggungjawab sebagai sahabat,” katanya.
Dalam pada itu, Ungku Ismail berkata dalam keadaan Nad sedang sakit, sebagai teman rapat dia tidak boleh menjauhkan diri serta memohon orang ramai terus mendoakan buat aktres itu.
“Ibu bapa saya tak ajar begitu. Iyalah kami rapat, bila bangun pagi dapat mesej daripada dia. Jadi bila perkara itu tiada, saya rasa sunyi. Saya tak nak komen soal hati dan perasaan, tapi jujurnya ‘spark’ di antara kami kuat.
“Namun sejauh mana hubungan ini, kita doakan yang terbaik. Boleh cakap kami memang rapat dan sedang mencari sesuatu yang terbaik. Saya juga tahu ramai yang nak tengok sama ada betulkah saya akan bertahan. Saya pohon semua orang dan peminat terus mendoakan Nad Zainal kembali sihat seperti sediakala,” katanya
- SUMBER
- Harian Metro
REDAKAN NAD PERGI DIA BERTAHAN SEBAB YOU PAKSA DIA JADIK KUAT. DIA SAKIT SANGAT TU. NAD AKAN PERGI DALAM MASA TERDEKAT. KITA SEMUA REDAKAN NAD PERGI.
GUNA VENTILATOR TU SAKIT. NAD KENA KUAT SEMATA NAK PUASKAN HATI KITA SEMUA. APA NI.
YOU CARILAH YANG LAIN.
Nampak mcm baik, ikhlas, jujur…Semoga segala yg baik2 untuk Nad, Aamiin…kita sama2 doakan.
Bro jaga la sensitiviti famili dia. Ahli keluarga tengah sakit tak nak cerita2 macam ni. In Shaa Allah nad dah sembuh fikir langkah seterusnya
patutlah si nad minta cerai.
ini begini rupanya sebabnya.
minta maaf lah dari anak2 yatim itu.
bunyi mcm dh lama bercinta kan..
takyah jage duk beside dia kat hospital tu sentiasa..jagelh batasan muhrim..belum sah lg kan. kesian nad nanti.
cukup lawat dia..dan ambik tau.
Mak ayah dia bercerai jer.. masih hidup lagi kedua duanya, sejak bila anak2 dia jadi anak yatim pulaaakkk… Doakan yg baik2. Semoga diangkat kesakitannya dan diberi kesembuhan seperti sediakala.
patut diam je mamat ni,
ade hati pn tp org tu tgh bertarung nyawa..
aku lebih ske statement bekas suami dia..
Allah nak tunjuk kebenaran
Sedih bekas suaminye..apolh ko ni..ko ke punca diorang cerai..
bunyi mcm dh lama bercinta ni. dan dan la pulak masa pengambaran cina buta. cina buta tu pengambaran die bkn ke sblm nad bercerai?
Dia da tak guna ventilator dah..
dia da boleh bernafas sendiri..
Jangan judge rumahtangga orang.. hanya Nad & ex husband je tau issue mereka. Marilah kita sama2 jaga keluarga sendiri
alah mamat nie belajar je tinggi2 tapi low taste! Selalu sangkut cinta lokasi dulu dgn zarina zainoordin AF2 dlm drama ‘Syurgamu Ramadhan’ & karang nad zainal dlm drama Cina Buta..
mat ungku nie terdesak cari pasangan hidup… cari lah yg educated agama + akademik & yg menerima + menyangi mu ok… Amin
Patut si nad beriya minta diceraikan ke laki dia ceraikan? Dlm poting insta nampak sangat si nadnad nie “berhati” dgn si mat nie ke cuma kerana lakonan @ drama??
Semoga nad cepat pulih @ sembuh.