fbpx

Unfollow & Block, Ramai Kecewa Hannah Delisha Dah Kahwin

Khamis lalu, Hannah Delisha mengejutkan ramai apabila pelakon dan penyanyi mengumumkan pernikahannya dengan jejaka pilihan hati, Imam Shah yang juga merupakan pelakon dari Singapura.

Disebalik ucapan tahniah diterima pelakon itu, ramai ‘makan hati’ terutama peminat di kalangan kaum lelaki yang kecewa dengan berita tersebut.

BACA: “Suami Yang Banyak Dorong Ke Arah Agama”

Lebih lucu ada yang bertindak ‘unfollow’ dan menyekat Instagram Hannah gara-gara kecewa. Kata netizen lagi, tahun lepas Mira Filzah kahwin, kali ini Hannah Delisha pula.

Sudah merancang untuk berkahwin sejak lima tahun lalu, Hannah mengakui selama ini dia mengambil pendekatan untuk tidak berkongsikan kisah peribadi kepada umum. Hannah turut memohon peminat supaya mendoakan rumah tangganya dan terus menyokong kejayanya.