fbpx

Kecoh jugak bila baru-baru ni ada orang cakap pasal ada satu bas ‘lama’ berlegar-legar sekitar Lembah Klang. Tertanya-tanya jugak kami, apa kebendanya tu? Anda nak tahu tak?

Cari punya cari, rupa-rupanya bas ‘lama’ tu adalah kafe ‘WONDA Coffee Speakeasy Café’ gais! OMG! Dalam bas ada kafe? Seriuslah? Kalau anda penggemar kopi, hah! Ni lah tempatnya.

Anda kena alami sendiri pengalaman baharu lepak kat The First Ever Mobile Speakeasy Cafe ni. Untuk info anda Speakeasy Café ni adalah kafe tersembunyi, misteri dan susah untuk orang cari. Jadi, sememangnya khas untuk anda, rasai sendiri pengalaman unik bagaimana nak ‘buru’ ‘Wonda Coffee Speakeasy Café’ ini. Amacam Happening kan! Mereka akan ke beberapa lokasi terpilih bermula sekarang hingga 18 Oktober nanti. Wuu…excitednya!

‘WONDA’s Speakeasy Cafe’ ni sudah bermula 2 minggu yang lalu, tapi tak apa, pasal ‘WONDA’s Speakeasy Café’ akan ke beberapa lokasi pada setiap Jumaat hingga Ahad dari sekarang hingga 18 October! Anda masih berpeluang untuk rasai sendiri pengalaman ‘WONDA’s Speakeasy Cafe’ ni. Fuhh…betul tak sabar ni.

Inilah ‘syurga’ kopi yang anda patut pergi. Ajak jer famili dan kawan-kawan untuk ‘lepak’ kat sini okay! Tapi make sure sentiasa jaga kesihatan anda. Pakai mask dan letak hand sanitizer bagi elakkan jangkitan dan penyebaran virus COVID-19 dan jangan lupa sentiasa pastikan jarak sosial anda, 1 meter!

Cari ‘WONDA’s Speakeasy Café’ Untuk Nikmati Kopi dan Roti Sedap!


Apa yang anda perlu buat adalah anda perlu ‘memburu’ ‘Wonda Coffee Speakeasy Café’ ini. Maklumat tentang ‘WONDA Coffee Speakeasy Café’ boleh didapati dari Facebook WONDA Coffee atau di Waze. Senang je… Cuma kena type “WONDA” atau “Speakeasy Café” dan lokasi-lokasi pada minggu itu akan dipamer.

Bila anda sudah jumpa ‘WONDA Coffee Speakeasy Café’, anda kena ambil bahagian dalam mencari kod untuk mendapatkan akses ke kafe ini. Nak tahu macam mana? Tak boleh la… ni rahsia dan anda kena cari bila di situ.. baru best!

Bila dah selesai, anda cuma masuk kad kod ke dalam device dan jika kod itu betul, mereka akan memberikan akses ke ‘Speakeasy Kafe’ ini untuk menikmati minuman kopi Premium Wonda 3 dalam 1. Anda juga boleh pilih antara varian Kopi Tarik, Original atau Mocha. Wahh, heaven betul!

Bukan itu sahaja, anda juga boleh menikmati Maru Bakes daripada Maru Kafe. Haaa so anda boleh minum kopi premium WONDA 3 dalam 1 dengan roti eksklusif dari Maru Bakes secara percuma. Apa lagi? Jom la!

Dan bagi anda yang memang suka sangat selfie dan ootd tu, hah! Ni lah masanya untuk anda penuhkan galeri telefon anda tu. Bukan apa, dalam ‘WONDA Coffee Speakeasy Café’ ni ada instagram-worthy corner buat anda…So anda kena pandailah grab peluang ni. Tak gitu?

Apa Lagi, Jom Cari ‘WONDA Coffee Speakeasy Café’ Gais!

Untuk info anda, bagi minggu ini mereka akan berada di lokasi berikut. Jadi, masih sempat untuk anda plan dengan kengkawan anda tu. Kalau tak boleh pergi, jangan risau, ada lagi minggu lain. Pergi ramai-ramai barulah syok! Check lokasi kat bawah ni okay!

Jumaat (2 Oktober 2020)
Jaya One: 10:30 pagi – 1:30 petang
Media Prima – Balai Berita: 3:00 petang – 6:00 petang

Sabtu (3 Oktober 2020)
IOI Mall, Puchong: 12.00 tengah hari – 8:00 malam

Untuk minggu-minggu seterusnya, anda boleh check dekat Facebook Wonda Coffee.

Dengar kata, semasa minggu pertama mereka buat, memang betul meriah! Sampaikan ada yang tak sempat pun nak menikmati kopi Wonda ni disebabkan orang ramai berpusu-pusu datang. So gais, lepas ni plan masa anda okay! Pergi awal lagi bagus.

Kalau anda nak dapatkan info lanjut mengenai ‘Wonda Speakeasy Coffee Café’ ni, dan di mana lokasi yang mereka akan singgah selepas ini, anda boleh ke laman Facebook Wonda Coffee Malaysia di link ini okay! Rasai sendiri pengalaman baharu bersama Wonda Coffee.