fbpx

Undian Fasa Kedua Era Digital Muzik Awards 2018 Kini Bermula

ERA Digital Muzik Awards (EDMA) 2018 kini kembali lagi setelah meraih kejayaan dalam siri pertama dan kedua pada tahun 2016 dan 2017.

EDMA 2018 yang bakal berlangsung pada 25 Januari ini sekali lagi memberi peluang kepada peminat tegar muzik ERA dalam membuang undi untuk fasa kedua bagi memilih juara dalam 6 kategori bermula hari ini sehingga 23 Januari.

Fasa Pertama undian EDMA 2018 telah dijalankan dari 31 Disember 2018 hingga 13 Januari 2019 yang menyaksikan lima calon terbaik disenarai pendek dan pemenangnya akan diumumkan pada malam anugerah EDMA 2018.

Anugerah gilang gemilang ini adalah tahun ketiga yang diadakan pada tahun ini, sekaligus bakal mengiktiraf produk muzik terbaik sepanjang tahun 2018 yang pastinya menjanjikan Kehebatan Luar Biasa dengan Deeja Cosmetic selaku penaja utama EDMA 2018.

Kali ini EDMA 2018 memperkenalkan tiga kategori baharu iaitu Lagu Paling Viral, Penyanyi Paling Lit di Media Sosial dan Video Muzik Paling Lit yang mengiktiraf pencapaian artis-artis viral di media sosial.

Manakala ketegori yang kekal pula adalah kategori Penyanyi Kolaborasi Terbaik, Temubual Terbaik Carta ERA 40, dan Lagu Paling Lama Dalam Carta ERA 40.

Tidak ketinggalan juga anugerah kategori penaja iaitu turut dipertandingkan iaitu kategori Penyanyi Pilihan DEEJA.

Jadi tunggu apa lagi, kuasa kini di tangan anda untuk membuang undi bagi fasa kedua dalam menentukan pemenang daripada 10 pencalonan bagi setiap kategori.

Dalam masa mengundi itu pastikan kehebatan luar biasa anda dengan set penjagaan kulit muka 5 dalam 1 Deeja Cosmetic!

Pastinya kulit anda akan tampil lebih cerah, gebu dan berseri-seri dengan produk Deeja Cosmetic yang mengandungi estrak bahan semulajadi berkualiti tinggi.

Jangan tak tahu, set penjagaan kulit muka 5 dalam 1 Deeja Cosmetic ini dilengkapi dengan sabun pembersih muka, toner nano, krim siang, krim malam dan krim nano yang yang membantu mencerah dan melembapkan kulit, dan mengurangkan cela, jerawat dan jeragat.

Set penjagaan kulit muka 5 dalam 1 ini juga sesuai digunakan oleh lelaki dan wanita. Jangan lupa untuk dapatkan kejelitaan ini sekarang di ejen dan stokis sah atau di toko jamu berhampiran dengan anda!

Bagi merasai sendiri Kehebatan luar biasa dengan Deeja Cosmetic ini anda boleh terjah laman Instagram Deeja dan Facebook Deeja.

Info tambahan mengenai ketegori Top 5 EDMA 2018:

1. Lagu Paling Viral
• Haqiem Rusli – Selamat Tinggal Sayang
• Dato’ Sri Siti Nurhaliza – Anta Permana
• Sufian Suhaimi – Dimatamu
• Hael Husaini – Hajat
• Faizal Tahir – Ragaman

2. Penyanyi Kolaborasi Terbaik
• Haqiem Rusli dan Aman RA – Jatuh Bangun
• Syamel dan Ernie Zakri – Aku Cinta
• Tajul dan Wany Hasrita – Rindu Dalam Benci
• Ryan Deedat dan Sandra – Salimah
• Floor 88 dan Baby Shima – Roadblock Hatiku

3. Muzik Video Paling Lit
• Andi Bernadee – Satu Peluang
• Zizan Razak – Kau Takkan Tahu
• Floor 88 – Roadblock Hatiku
• Ismail Izzani – Bidadari
• Sarah Suhairi – Nyawa Raga

4. Penyanyi Paling Lit di Media Sosial
• Khai Bahar
• Kucaimars
• As’ad Motawh
• Hael Husaini
• Sarah Suhairi

5. Temubual Terbaik Carta ERA
• Haqiem Rusli
• Wany Hasrita
• Ara Johari
• Sarah Suhairi
• Sufian Suhaimi

6. Penyanyi Pilihan DEEJA
• Ariff Bahran
• Ayda Jebat
• Ismail Izzani
• Faizal Tahir
• Syamel

7. Lagu Paling Lama dalam Carta ERA 40 (Nota: Kategori ini tidak dibuka untuk undian)