Pempengaruh media sosial, Dahlia Rizal berkongsikan mengenai kekhilafannya mengenai kewajipan membaca surah Al-Fatihah dalam menunaikan solat.
Menerusi hantaran di Threads, Dahlia berkata dia mengetahui mengenai bacaan wajib Al-Fatihah dalam setiap rakaat pada usia 15 tahun.
BACA: Dahlia Rizal Terharu Suami Bagi Pakai Kad Debit Untuk Shopping
“Saya dapat tahu pada usia 15 tahun. Sejak umur saya 12 tahun (first dapat period) sampai lah 15 tahun, saya baca al-Fatihah rakaat pertama je,” katanya.
Bagaimanapun, Dahlia meluahkan rasa syukur kerana mengetahui mengenai perkara itu pada usia remaja dan terus menggantikan solat yang terdahulu.
“Saya kecewa tak tahu lebih awal tapi Alhamdulillah sebab dapat tahu ketika usia remaja. Memang terus qada semua solat-solat tersebut,” katanya.
Difahamkan, Dahlia berkongsikan perkara itu dengan membalas pertanyaan seorang netizen yang bertanyakan adalah dalam setiap rakaat solat perlu membaca surah Al-Fatihah.