fbpx

Dahlia Rizal Terharu Suami Bagi Pakai Kad Debit Untuk Shopping

Pempengaruh media sosial Dahlia Rizal berkongsikan momen apabila suaminya pelakon yang juga penyampai radio, Imran Aqil memberi keizinan menggunakan kad bank miliknya untuk berbelanja secara online.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Dahlia berkata dia mengambil kad debit milik suaminya dan mengisi semua butiran tanpa persoalan daripada Imran.

BACA: Dahlia Rizal Izin Imran Aqil Kahwin Lagi, Tapi Mesti Cari Yang Lagi Cantik

Malah, apabila Shopee menghantar kod pengesahan suaminya terus sahkan namun sempat menitipkan pesanan agar berpada-pada dalam berbelanja.

“Ambil gambar kad debit dia depan dia, dia nampak dan tak cakap apa-apa. Masukkan nombor dalam akaun Shopee dan hantar kod pengesahan, dia terima notifikasi tersebut dan sahkan tanpa berkata apa-apa.

“Terima kasih sayang. Lepas tu baru dia cakap ‘shopping berpada-pada ya’. #Somiyangmemahami,” tulisnya.

Untuk rekod, Dahlia dan Imran mendirikan rumah tangga pada 9 September tahun lalu selepas setahun bertunang.

SUMBER: Oh Bulan