fbpx

Ummi Nazeera Selamat Lahirkan Anak Kedua, Demam Panas Ketika Bersalin

Tahniah diucapkan kepada pelakon Ummi Nazeera yang selama melahirkan anak keduanya di sebuah pusat perubatan di Seri Kembangan, Selangor pada Rabu lalu.

Berita gembira itu dimaklumkan oleh Ummi menerusi Instagram dimana pelakon itu berkata bayi perempuan seberat 3.2 kilogram itu dilahirkan secara normal.

BACA: Ummi Nazeera Umum Hamil Anak Kedua

“Alhamdulillah Ummi dah selamat bersalin secara normal pada 2 Jun yang lalu. Kami telah dikurniakan seorang puteri yang beratnya 3.32kg dan Alhamdulillah baby sihat walafiat,” tulisnya.

Dalam pada itu, Ummi meluahkan rasa syukur proses bersalin berjalan lancar dan keadaan mereka dalam baik-baik sahaja meskipun dia mengalami demam panas ketika bersalin.

“Walaupun Ummi demam panas sekejap dengan suhu 38.3 Celsius semasa in labor. Syukur sangat semuanya selamat. Doakan agar anak2 kami membesar dengan sihat dan menjadi seorang yang solehah. Doa2 kan ya,” tulisnya.

Ummi mendirikan rumah tangga dengan seorang doktor, Dr Mohd Izzar Anwari pada Ogos 2017. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan pada September 2018 diberi nama Ayra Aneesah kini berusia tiga tahun.