fbpx

Ummi Nazeera Umum Hamil Anak Kedua

Memuat naik gambar bersama suami dan anak sulungnya memegang alat ujian kehamilan, pelakon Ummi Nazeera mengumumkan berita gembira bahawa dirinya kini hamil anak kedua.

Berkongsikan perkhabaran itu di Instagram miliknya sebentar tadi, Ummi memaklumkan usia kandungannya kini sudah mencecah empat bulan dan keadaan kesihatannya serta bayinya baik-baik sahaja.

BACA: Digelar ‘Bangsa Final’, Ummi Nazeera Balas Balik

“Assalamualaikum. Alhamdulillah Ummi nak share di sini. Ummi telah dianugerahkan rezeki untuk mengandung kali kedua dengan Izin Allah SWT.

“Ummi minta tolong semua untuk doakan kesihatan baby yang kini hampir 4 bulan dan juga Ummi kedua duanya sihat walafiat. Semoga perjalanan kami dipermudahkan,” tulisnya.

Diruangan komen, rata-rata netizen tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan tahniah di atas zuriat kedua itu serta mendoakan agar segala urusan dipermudahkan sehingga proses bersalin.

Ummi mendirikan rumah tangga dengan seorang doktor, Dr Mohd Izzar Anwari pada Ogos 2017. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan pada September 2018 diberi nama Ayra Aneesah kini berusia dua tahun.