fbpx

Ummi Nazeera Harap Netizen Tak Boikot Drama Dengan Aliff Aziz

Pelakon Ummi Nazeera berharap agar netizen tidak memboikot drama terbaru Dia Dari Syurga lakonannya bersama pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz.

Menerusi perkongsian di Instagram, Ummi dilihat ada memuat naik video ‘promo’ drama tersebut serta mengatakan seluruh pihak yang terlibat bertungkus lumus untuk drama berkenaan.

BACA: “Kalau Dah Berhijab, Jangan Normalkan Buka Balik” – Ummi Nazeera

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ummi Nazeera (@umminazeera)

“Apa apa pun, tengok lah drama ini ya. Penat kitaorang bekerja,” tulisnya ringkas.

Perkongsian Ummi itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang menyatakan sokongan untuk drama itu untuk melihat lakonan hebat Ummi.

Tidak kurang juga ada yang meminta supaya penonton bersikap profesional kerana apabila bekerja mereka semua adalah pelakon dan tidak campur adukkan hal peribadi dengan kerjaya seni. Dalam pada itu, ada yang memberi cadangan agar dikaburkan wajah Aliff dalam drama berkenaan.