Ummi Nazeera Elak Jumpa Media Kerana Takut Riak Dengan Perubahan
Sejak tamat belajar di Melbourne, Australia dan mengenakan hijab sepenuhnya diakui selebriti kecil molek ini agak menjauhkan diri dari media dan ramai melihat tindakan beliau ini sebagai sengaja mahu mendiamkan diri dari dunia hiburan.
Bercakap kepada GUA Ummi Nazeera menolak dakwaan itu dengan berkata beliau kini masih ada dalam dunia hiburan dan masih berlakon namun agak selektif dengan watak yang perlu dibawakan supaya selari dengan imej dirinya ketika ini.
“Saya dapat beberapa tawaran tapi saya tidak menerimanya. Kalau diimbas semula pun, sebelum ini juga saya agak selektif dalam memilih watak. Saya melihat kepada karakter yang ditawarkan, adakah ianya boleh saya bawakan atau tidak dengan saya. Jika saya sudah bersetuju, saya pastinya akan memainkan watak itu dengan sehabis baik,“ jelasnya.
Ummi Nazeera memaklumkan yang beliau kini bekerja sebagai pengarah eksekutif di syarikat milik ibunya dan sudah lapan bulan pulang ke Malaysia selepas menamatkan pengajian.
Beliau juga ditanya tentang keputusan beliau untuk menjauhkan diri dari media. Ini jawapan beliau.
“Bagi saya, secara jujurnya saya tidak mahu ketika saya mula-mula berubah, saya dekat dengan media, perkara itu seakan ‘kacau‘ saya. Saya takut akan timbul perasaan riak pula. Jadi, saya fikirkan biarlah semuanya jadi dengan perlahan-lahan,“ ujar Ummi lagi. (rtky/m)
Sweeetnyeee….cantik sesgt
comel..!
http://www.groboc.com.my kami menjual pakaian kanak-kanak & bayi. Dress frozen pun ada. Jom lawat website kami!
respect!
Cantik… dulu xsuke..skg da suke.. mmg cntik la dye..
Alhamdulillah.. Begitu yg sebaiknye. Bukan mcm setengah artis, hari ni pakai tudung, terus jadi ustazah jadian! Heboh satu malaysia! Semata mata mahu dipuji melambung! Niat dh lari di situ! Respect ummi, semoga istiqamah dn dipermudahkan segala urusan. Amin
Suka dgn ummi. Keiklasan terpancar. Ni artis malaysia yg lain, pakai tudung utk dipuji manusia, pakai tudung, pakai mata kelabu, baju ketat, makeup 2 inci, selfie hari2, sambil buat muka kunun2 cute!! Muntah aku tgk! Samaaaa je semua!! Poyo sgt, gila sgt dgn pujian manusia! Pakai tudung utk mencari keredhaan Allah atau di puji peminat2??
ummi nazeera mmng cntk jika awk mengenakn tudung..nmpk manis je sjuk perut ibu awk….allhamdulilah thun ni ramai artis2 dn org biasa brhijab…moga kita dpt hodayah driny amin
Alhamdullilah… Sy berdoa agar dia mendpt pasangn yg baik juga
suka sgt tgk che’ nin dh berhijab. pakej lengkap gitew..cantik, educated, keturunan baik n berharta.. insyaAllah ke arah mnjdi wanita solehah. smg dipertemukan jodoh dgn jejaka yg sekufu.