Berkat bulan mulia Ramadhan, kita dapat lihat ramai selebriti tempatan menemui ketenangan dan diri mereka sendiri dalam tuntutan agama Islam. Jika sebelum ini Neelofa mengambil keputusan untuk berhijrah dan bertudung penuh, seorang lagi kini mengikut jejak.

BACA: Neelofa Rahsiakan Sebab Berhijab, Harap Doa Para Peminat


Bercakap kepada Berita Harian baru baru ini, Umie Aida berkata beliau kini sudah berhijrah dan lebih tenang memakai hijab secara penuh selain ianya lebih selesa & seronok.

“Penyertaan saya dalam kelas agama sejak tahun lalu banyak membuka hati dan mata membuat keputusan ini. Saya bukan saja tenang apabila bertudung, malah imej ini membuatkan saya jadi seronok dan selesa. Perasaan jatuh cinta untuk memakai tudung itu semakin menebal”

Umir Aida turut menambah yang Ramadhan menjadi satu dorongan kuat buat dirinya untuk terus bertudung dan tidak takut akan rezeki apabila tampil dengan imej baru ini.

“Ketika menunaikan solat tarawih, perasaan hendak memakai tudung bertambah. Tak lengkap hari tanpa mengenakan tudung. Jadi, saya rasa sudah tiba masanya untuk saya berimej begini dan saya sudah bersedia 100 peratus”


“Dalam soal rezeki, saya tak takut dan risau biarpun sudah bertudung. InsyaAllah, ia tidak akan menyekat rezeki saya. Apabila saya sudah rasa cinta untuk menutup aurat, perasaan itu mengatasi segala-galanya,” tambah Umie Aida lagi. (rtky/m)