fbpx

Umie Aida Hulur Bantuan Kepada 300 Pemandu Teksi

Prihatin dengan nasib pemandu teksi yang terjejas pendapatan susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pelakon Datin Seri Umie Aida bersama Yayasan Seni Karya Perihatin Malaysia tampil menghulurkan bantuan.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Umie memberi sumbangan keperluan asas berupa beras, tepung, minyak masak serta roti prata kepada 300 pemandu teksi.

BACA: Umie Aida Ajar Anak Umur Setahun Tak Sentuh Hiasan Kaca, Conteng Dinding

 

View this post on Instagram

 

A post shared by umi khalsum (@umieaida9)

“Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Alhamdulillah, 300 pemandu teksi telah menerima sedikit bantuan keperluan asas.

“Pendapatan mereka sehari paling tinggi RM20. Mari orang Malaysia, sama-sama berganding bahu menghuluarkan bantuan,” katanya.

Dalam entri tersebut, Umie turut berkongsikan nombor akaun bank yayasan berkenaan untuk orang ramai yang mahu menderma melalui akaun tersebut.

“Akaun yayasan 21233000012249 (RHB Bank). Terima kasih kepada yang telah menderma. Semoga sentiasa dalam lindungan dan rahmatNya,” ujarnya.