fbpx

Umie Aida: Beri Ruang Pada Erma Fatima

Tiada apa yang diharapkan daripada Datin Umie Aida kecuali rumah tangga kakaknya, Erma Fatima bersama Bade Azmi dapat dipertahankan dan segala masalah di antara mereka dapat diselesaikan dengan baik.

BACA: Sukar Hamil, Umie Aida Mahu Ambil Anak Angkat

“Erma dan Bade sudah berkahwin selama 25 tahun dan saya sentiasa beritahu kakak saya supaya pertahankan rumah tangganya. Dia ada memberitahu masalahnya kepada saya tetapi tidak pernah sekali pun saya memberikan kata-kata negatif sebaliknya yakin ada jalan untuk menyelamatkan perkahwinan mereka”

“Mengenali Erma sebagai kakak dia bukan seorang yang mudah buat keputusan dan akan mengambil masa berfikir sebelum menyatakan sesuatu. Saya yakin tindakannya memfailkan permohonan cerai itu bukan sesuatu yang mudah buatnya dan pasti dia ada sebab tersendiri,” katanya kepada mStar Online.

Selain itu, Umie juga menyatakan dia cuba menghubungi kakaknya melalui panggilan dan juga mesej namun tidak terjawab. Tambah Umie, dia berharap semua pihak dapat memberikan ruang kepada Erma dan Bade dalam mengharungi masa sukar ketika ini selain mendoakan yang terbaik buat mereka. (rtky/s)