fbpx

Ujian Dadah: Awal Ashaari Lepas, Qi Blogger Boy Sangkut Positif

Terbukti sudah yang Awal Ashaari adalah selebriti yang di’maksudkan media sepanjang hari ini. Berita baik’nya, ujian dadah beliau negatif.

Menariknya, ada satu lagi nama muncul dari tangkapan malam tadi yang mana hasil ujian dadah’nya positif.

Menurut sumber, individu tersebut adalah Qi yang sebelum ini popular dengan sebuah rancangan travel & kini popular dengan drama bersiri Blogger Boy.

Sumber menyatakan yang beliau adalah satu-satunya selebriti yang di’dapati positif dalam ujian dadah tersebut — Ridzuan Hashim & Awal Ashaari adalah antara selebriti lain.

Seperti biasa cerita masih dalam proses perkembangan & sebarang berita yang terkini akan kami update secepat mungkin.

Hairan, Hari Natal tetapi banyak cerita artis Melayu yang meraikannya di’sekitar Kuala Lumpur.

Termasuk seorang pelakon cantik manis yang menganjurkan makan malam sempena Krismas — siap dengan hidangan ayam Turki.