fbpx

Ruhainies Selamba Kongsi Video Aliff Aziz Menyanyi Di IG Story

Umum mengetahui, sejak pagi tadi hangat diperkatakan mengenai pelakon Aliff Aziz ditangkap berkhalwat dengan pelakon wanita di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur.

Lebih mengejutkan tular rakaman CCTV memaparkan Aliff dan Ruhainies berada di lobi lif kondiminium pada 25 Februari lalu.

BACA: Bella Astillah Sebak, Masih Terkejut Suami Ditangkap Khalwat

Meskipun namanya sedang hangat diperkatakan, Ruhainies dilihat tenang dan memuat naik video memaparkan Aliff menyanyi ketika di set penggambaran.

Sebelum ini, adik Bella Astillah iaitu Didi Astilah mengesahkan abang iparnya itu ditangkap berkhalwat dengan pelakon wanita serta meminta ruang kepada kakaknya yang masih terkejut dengan kejadian itu.