fbpx

Ude Wahid Bengang Netizen Kacau Izreen Azminda Tengah Pantang

Baru-baru ini, perkongsian suami kepada pelakon Izreen Azminda iaitu Ude Wahid menjadi perhatian apabila meluahkan rasa bengang berikutan isterinya diganggu oleh netizen di media sosial.

Memuat naik luahan berkenaan di Insta Story, Ude berkata individu berkenaan melemparkan kata-kata makian dan biadap terhadap isterinya yang kini sedang berpantang.

BACA: Ali Idrees Nama Anak Ketiga Izreen Azminda

“Sudah-sudah la korang ni nak ganggu rumah tangga aku. Apa la yang korang semua tak puas hati sangat? Tak boleh ka tengok aku bahagian dengan kehidupan aku sekarang.

“Aku tak kacau korang pun kan. Tak ganggu hidup korang pun kan. Tak habis-habis nak ganggu isteri aku yang dalam pantang,” tulisnya.

Dalam pada itu, Ude turut kesal apabila anak mereka yang baru sahaja dilahirnya serta tidak bersalah turut dimaki oleh netizen.

“DM maki-maki sampai hina anak-anak kami yang tidak bersalah, apala doa budak-budak tu dengan korang ya? Bertaubatlah, semoga Allah ampunkan dosa kita semua,” katanya.

Difahamkan, Izreen kini sedang berpantang selepas melahirkan anak kedua mereka pada 21 September lalu yang diberi nama Ali Idrees.