fbpx

Ude: Beri Saya Peluang Jalankan Tanggungjawab

Tidak dapat dinafikab berita perkahwinan Izreen Azminda dan juga Ude sememangnya mengejutkan dunia hiburan tanah air. Bagaimanapun menurut Ude, dia mahu menjalankan tanggungjawab sebaiknya buat kedua-dua isteri.

BACA: Rita Rudaini: Izreen Bermadu, Bukan Rampas Suami

“Ada wartawan serbu isteri pertama ketika makan, saya cakap jangan beri sebarang kenyataan. Saya nak beritahu kedua-duanya isteri saya, Intan isteri pertama dan Izreen isteri kedua yang sah. Sejujurnya saya tidak mahu menuduh sesiapa”

“Apa yang saya lihat, memang ada campur tangan dari pihak luarlah, terutama keluarga dan rakan-rakan. Saya mohon jangan ada beri kenyataan dan spekulasi buruk yang boleh mengganggu emosi kedua-dua isteri saya”

“Beri saya peluang untuk jalankan tanggungjawab sebagai suami. Intan ada mesej dengan Izreen untuk berbincang tentang hal ini. Mulanya semua okay, tapi saya pun terkejut Intan keluarkan kenyataan tentang hal ini,” jelasnya kepada rancangan Melodi melalui laporan dari Beutifulnara.

Tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak, Ude menjelaskan buat masa ini, belum ada sebarang perjumpaan di antara kedua isterinya.

“Saya berfikiran terbuka, apa yang mereka cakap sebenarnya semua tak tahu apa yang berlaku dalam rumah tangga saya.
Hanya saya dan isteri-isteri saya sahaja yang tahu,” katanya. Apa pun, semoga Ude dapat mengawal keadaan sebaiknya dalam memastikan rumahtangga yang bahagia. (rtky/s)