Kontroversi rumah tangganya sudah semakin reda, baru-baru ini Da’i Nik Farhan memuat naik gambarnya bersama Dr Erin berserta ucapan manis dan istimewa sempena hari jadi isteri kesayangannya itu.

Perkara itu dikongsikan oleh Da’i Farhan menerusi Instagram miliknya. Menerusi perkongsian itu, Da’i Farhan turut mengatakan tarikh 19 Disember adalah hari istimewa buat mereka berdua.

BACA: “Rasa Nak Buat Novel Cinta Pengkid Yang Tak Kesampaian”

Da’i Farhan turut mendoakan isterinya itu dilimpari rezeki yang barakah serta berjaya dalam kehidupan di dunia dan akhirat. Da’i Farhan turut memberi kata semangat kepada isterinya untuk terus memberi manfaat kepada masyarakat dalam dunia perubatan.

Dalam pada itu, Da’i Farhan turut meminta isterinya supaya tidak mempedulikan kata-kata mereka yang iri hati dengan kepakaran isterinya dalam bidang kedoktoran.

“Kenangan yang indah tercipta pada tarikh 19 haribulan ni..Sanah Helwah buat isteriku tercinta. Moga sentiasa disinari cahaya kebahagiaan dalam hidup, dilimpahkan rezeki yang barakah, sukses selalu dunia akhirat..Amiin..

“Teruskan semangat memberi manfaat pada masyarakat dalam dunia perubatan dan kesihatan. Abaikan kata-kata mereka yang iri hati dengan ketokohan sayang dalam bidang kedoktoran,” tulisnya.

Difahamkan, Da’i Farhan dan isteri kini sedang bercuti di Korea Selatan bersama kelapan-lapan anak daripada perkahwinan terdahulu Dr. Erin.

Terdahulu, kontroversi rumah tangga pendakwah itu hangat diperkatakan apabila muncul surat terbuka daripada seorang individu yang merupakan rakan baik bekas isterinya mendakwa Da’i Farhan bernikah secara senyap-senyap.