“Salah Pilih Suami, Mentua Memang Naya Hidup” – Shila Amzah

Baru-baru ini penyanyi Shila Amzah dilihat ada memberikan pendapat mengenai luahan hati seorang wanita mengenai permasalahannya di aplikasi X.

Menerusi entri itu, wanita tersebut meluahkan rasa sedih kerana sering dihina oleh keluarga mentua serta dilayan dengan teruk termasuk dengan ibu mentua dan suaminya.

BACA: Shila Amzah, Suami Nak Jalani Kehidupan Sederhana

Kata wanita itu lagi, ibu mentuanya sentiasa menyebelahi anaknya sendiri malah kakak iparnya juga turut terikut sama dengan perangai ibu mentuanya.

“Mak mentua memang asyik menangkan anak dia yang dianggap paling baik dan elok dalam dunia. Aku selalu kena hina dan diperli mak mentua,” tulisnya.

Luahan individu itu mendapat reaksi daripada Shila yang turut bersimpati dengan nasib wanita itu. Shila berkata lagi hidup seorang wanita itu musnah jika tersalah pilih suami.