Ubah Suai Rumah Teres Jadi Macam Banglo, Fasha Sandha Seronok Ada Surau Sendiri
Pelakon Fasha Sandha meluahkan rasa syukur apabila rumah pertama yang dibelinya sudah siap diubah suai menjadi rumah idamannya.
Memetik mStar Online, Fasha berkata dia sendiri yang membeli segala kelengkapan dan hiasan dalam rumah berkenaan. Malah, Fasha turut seronok apabila ada surau sendiri di rumahnya,
BACA: Fasha Sandha Izin Suami Keluar Lepak Dengan Kawan-Kawan
View this post on Instagram
“Alhamdulillah, rumah yang saya beli ketika di usia 21 tahun sudah siap diubah suai. Rumah itu mempunyai sentimental value buat saya sebab rumah pertama saya beli.
“Walaupun hanya rumah teres biasa tapi bagi saya, ia adalah rumah idaman saya sebab saya sendiri yang beli barang dan hias rumah itu.
“Saya bukan belajar buat hiasan dalaman rumah tapi dapat idea dari google dan showroom… dapat jimat kos. Alhamdulillah, impian saya untuk ada surau dalam rumah pun tercapai,” katanya.
Sebelum ini, menerusi satu perkongsian di Instagram, Fasha ada berkongsikan video rumahnya yang sudah siap diubah suai menjadi seperti banglo mewah.
- SUMBER
- mStar Online
Kalau ada ruang atau bilik khas utk solat tu musolah bkn surau. Surau ni biasa sejibik kt luar mcm mini masjid
woahhhhhhhh, bestnyaaaaaaaaaa.. tahniah fasha!
Hebat sungguh dgn kejayaan Fasha ubahsuai rumah teres jd mcm bangelo siap dgn banner Ella Furniture atas meja. Siap ngan surau ( yg betul bukan surau tp mussola) lg. Sungguh bagus. Tp gua mahu tanya ada kelulusan pelan ke dari penguatkuasa tempatan. Sbb kalu takde kelulusan dorang ada kuasa robohkan mcm rumah flat yg diubahsuai jd mcm bangelo tu. Tambah lagi syarikat insuran tak mahu menginsurankan hartanah yg diubahsuai tanpa kebenaran pihak berkuasa. Masaalah tu kalu jd apa2 yg tidak diingini. Peringatan utk retis semua dan orang awam yg lain.
Patut berhijablah…