Fasha Sandha Izin Suami Keluar Lepak Dengan Kawan-Kawan
Membawakan watak Amira dalam drama Dendam Seorang Isteri, pelakon Fasha Sandha berkata dia seronok membawakan watak yang memaparkan kekuatan seorang perempuan.
Memetik mStar Online, Fasha berkata watak yang dibawanya itu dapat memberi inspirasi kepada wanita yang ditindas kaum lelaki untuk lebih kuat.
BACA: Fasha Sandha Selalu Pesan Elisya Sandha Jangan Berlagak Diva
“Saya suka drama yang memaparkan kekuatan seorang wanita sebab seperti yang kita tahu wanita sekarang tidak lagi ditindas… mereka lebih kuat berbanding dulu.
“Sebab sekarang ramai wanita yang sudah berjaya dan mencari pendapatan sendiri, tak bergantung kepada lelaki. Kekuatan wanita tak boleh disangkal dah.
“Seperti drama Dendam Seorang Isteri yang kini menjadi ikutan. Mula-mula watak saya ditindas tapi dia bangkit dan mendapat kekuatan untuk balas dendam.
“Banyak dah sekarang drama yang memaparkan kekuatan wanita. Dalam berkarya dapat juga beri inspirasi kepada wanita di luar sana,” katanya.
Berkongsikan pendapatnya mengenai ruang yang diperlukan pasangan, Fasha berkata sebagai isteri perlu beri ruang atau me-time kepada pasangan termasuk juga suami perlu lakukan perkara sama.
“Bagi saya, tak salah untuk lelaki keluar dengan kawan-kawan. Sebab dalam perkahwinan ini, kita yang mencorakkannya. Sebagai wanita, kita kena sentiasa tenang.
“Kalau suami nak lepak dengan kawan-kawan atau main bola, biarkan mereka. Kita kena bagi ruang kepada pasangan kita untuk ada masa sendiri (me-time).
“Sama juga suami, kena beri juga masa dan ruang kepada isteri untuk me-time. Dalam perkahwinan ini kena give and take,” ujarnya.
- SUMBER
- mStar Online
Alhamdulillah…semoga fasha & keluarga sentiasa bahagia.InshaAllah,aamiin
Untong fasha dpt laki hensem pnyayang baik Dan Wangi…suka tgk..till jannah k..btw hariz suka sgt tgk abang aidil
Bgus kak fasha
Cantik Fasha ni…ayu muka dia. Betul tu nak kena tolak ansur, tak boleh ketat sgt…tak boleh tak kisah sgt. Semoga kekal kejannah:)
best woman win.
semoga aidil dapat perempuan baru.
GerAmmm benorr nengok si aidil ni. Haritu ai terserempak ngan dia, dia ambil brg dari but kereta dia smbil tunduk nmpak pungkok dia besar n mantop. Sejak haritu i selalu teringat kat Aidil.