fbpx

Tyzo Xander Kini Penyampai IKIMfm

Selepas tamat kontrak dengan stesen radio terdahulu, penyampai radio Tyzo Xander akhirnya bakal memulakan tugas di stesen radio IKIM FM bermula 11 Mac ini.

Memetik mStar Online, Tyzo berkata hatinya terbuka untuk menerima tawaran stesen radio berkenaan selepas pulang mengerjakan umrah baru-baru ini.

BACA: Tyzo Bakal Bersiaran Di Sebuah Stesen Radio Mac Ini

Walaupun mengetengahkan genre sedikit berbeza daripada stesen-stesen radio yang pernah saya bertugas sebelum ini, namun pengalaman 21 tahun di dalam dunia penyiaran radio memberi keyakinan kepada saya untuk buat lebih baik.

“Ketika di Mekah saya asyik teringat-ingat tawaran yang diberikan. Selepas sekian lama lebih kepada hiburan sekarang saya cuba berubah pula,” katanya.

Menurut Tyzo, dia akan bergandingan dengan Suffian Amrin dan Luqman Hakim setiap Isnin hingga Jumaat pada pukul 6 pagi hingga 10 pagi.

Sementara itu, Tyzo berkata sudah tiba masanya untuk dia menymbang bakatnya kepada agama dalam masa sama menaikkan lagi martabat IKIM FM.

“Sudah tiba masanya untuk saya menyumbang bakat dan kehamahiran untuk agama dan negara,” katanya.