fbpx

Tyzo Minta Kenaikan Gaji Tinggi Punca Kontrak Tidak Disambung?

Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan mengenai penyampai radio, Tyzo Xander yang sudah tamapt berkhidmatannya di Suria FM pada Jumaat lalu.

Menerusi perkongsian di Instagram, Tyzo berkata dia masih mahu menghiburkan pendengar namun ini bukan kehendaknya dan terpaksa meninggalkan Suria FM tanpa kerelaan hati.

BACA: “Saya Tak Reda Pemergiaan Ini Tapi Apa Daya, Saya Tiada Kuasa”

Susulan itu, Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd. Majid atau DJ Lin dipetik oleh netizen punca Tyzo meninggalkan stesen berkenaan.

Sementara itu, memetik Malaysia Gazette, sumber memberitahu kontrak Tyzo tidak disambungkan gara-gara dia meminta kenaikan gaji tinggi selepas bergelar penyampai radio popular dan mendapat tawaran di stesen radio lain.

Pihak sumber manusia syarikat hanya mampu memberi sedikit kenaikan dan tidak dapat memenuhi apa yang diminta Tyzo itu.

Dalam pada itu, Tyzo sedia menyambung kontraknya dengan memberi pelbagai syarat termasuk akan berkhidmat pada tempoh tertentu dan boleh meletak jawatan dalam tempoh 24 jam.

Bagaimana selepas keputusan itu dibawa kepada pengurusan tertinggi syarikat telah berpendapat agar tidak menyambung kontraknya dan mencari penyampai yang baharu. 

Terdahulu, Tyzo memenangi Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35 sekaligus menewaskan DJ Lin yang meraih anugerah tersebut tiga edisi berturut-turut.