Baru-baru ini, viral di media sosial video wanita yang sedang menunggu bas ditampar oleh seorang lelaki gara-gara tidak memakai tudung walaupun mengakui sebagai orang Islam.

Lebih mengejutkan insiden memalukan yang berlaku di Malaysia itu turut mendapat liputan akhbar terkenal dunia, Daily Mail.


Insiden itu turut mendapat perhatian pelakon dan pengacara, Neelofa. Umum mengetahui Neelofa sangat prihatin tentang hak asasi wanita.


Menerusi akaun Instagramnya, Neelofa meluahkan rasa kecewa dan marah dengan layanan sesetengah pihak terhadap wanita yang tidak bertudung.

Ini ke Islam di Malaysia yang kita nak tunjuk?



“Adakah ini yang kita mahu negara bukan Islam lain melihat kita? Rakyat Malaysia beragama Islam jadi perhatian? Adakah ini cara kita mahu tunjukkan bagaimana sebenarnya agama Islam dan Malaysia kepada orang lain?”

“Kita mahu orang tahu bahawa Islam adalah agama yang indah dan menghormati dan apabila perkara-perkara seperti ini berlaku, persepsi berubah dan Islam mendapat reputasi yang buruk.”

Tindakan ini burukkan Islam dan Malaysia

Menurut sumber, kejadian itu berlaku di Bukit Jambul Pulau Pinang pada Jumaat lalu. Dalam video tersebut menunjukkan sekumpulan wanita itu merupakan warga asing dan lelaki yang menyerang dipercayai warga tempatan.

Sumber: Oh Bulan