fbpx

Twisties Superstarz X — Mencungkil Bakat Unik Dan Ikonik Dalam Diri Anda

Walaupun telah banyak program mencungkil bakat dalam diri para rakyat Malaysia dijalankan, sebenarnya tidak banyak yang mampu memberikan kebebasan kepada individu untuk menjadi diri mereka sendiri.

Lebih lebih lagi jika anda mempunyai personaliti yang cukup unik & sangat berbeza dari orang lain — kini anda mempunyai tempat untuk menonjolkan sisi anda yang mungkin boleh menjadi ikon.

Twisties Superstarz X mencari mereka yang mempunyai bakat unik dan berpotensi menjadi ikonik dengan bimbingan selebriti tempatan yang dipilih khas untuk menjadi mentor.

Apabila kami cakap unik & ikonik, memang maksudkan bakat yang seunik Michael Jackson, Lady Gaga, Nicki Minaj dan Katy Perry yang berjaya popular dan berpengaruh di seluruh dunia dengan gaya tersendiri.

Kalau kita lihat dalam negara kita sendiri, bakat seperti Yuna, Zee Avi dan Najwa Latif mempunyai personaliti unik mereka sendiri yang bolehkan mereka untuk menjadi figura ikonik buat peminat.

Anda bukan sekadar perlu mempunyai bakat besar, tetapi juga personaliti hebat yang boleh dijelmakan sebagai satu pengaruh kepada mereka yang sukakan kelainan dan identiti ‘pelik’.

Twisties Superstarz X sedang menjalankan ujibakat secara online untuk anda yang berminat — tidak perlu untuk turun ke lokasi yang telah di’tetapkan seperti pertandingan bakat yang lain. Mudah ‘kan?

Untuk memastikan anda tidak perlu bersusah payah untuk memikirkan lagu apa untuk dinyanyikan dalam video ujibakat yang bakal anda hantar, berikut merupakan 50 buah lagu yang boleh anda pilih.

Senarai Lagu Ujibakat Twisties Superstarz X - ROTIKAYA

Menghantar video ujibakat anda melalui laman rasmi Twisties Superstarz X hanya langkah pertama dalam perjalanan anda untuk menjadi bintang — jika berjaya terpilih, anda akan dibimbing secara aktif oleh salah seorang daripada mentor terpilih dalam dunia hiburan Malaysia yang tidak perlu diperkenalkan lagi.

Altimet merupakan rapper terkenal yang memenangi banyak anugerah selain penulis lagu, penerbit, penyusun & juga kini bergelar Pengarah Eksekutif untuk Kartel Records yang menaungi ramai artis terkenal seperti Joe Flizzow, Nabila Huda, Anis Nabilah, SonaOne & Ila Damiaa.

Twisties Superstarz X - Mentor - ROTIKAYA

Prema Yin memulakan karier pada 2004 dengan menyertai sebuah pertandingan nyanyian sebelum bergerak dengan identiti tersendiri sehingga bergelar Best Overall Female Act pada Voize Independent Music Awards (VIMA) pada tahun 2012 — juga berbakat mencipta lagu sejak berusia 14 tahun.

Anda berpeluang untuk dibimbing oleh salah satu dari dua nama ini untuk menjadi penghibur yang ikonik — banyak tips & perkara berkaitan dunia hiburan boleh anda pelajari dari mereka, memudahkan jalan anda untuk popular.

Seperti yang kami sebut, anda boleh menghantar video ujibakat anda melalui laman rasmi Twisties Superstarz X mulai sekarang tetapu harus diingat anda hanya boleh tampil secara solo atau duo (2 orang) sahaja.

Hadiah utama untuk pemenang Twisties Superstarz X ini seperti yang anda boleh jangka adalah peluang untuk merakamkan sebuah lagu sendiri bersama komposer yang berkaliber di Malaysia.

Jangan tunggu lagi, hantarkan video diri anda dalam persembahan diri yang terbaik untuk terpilih sebagai salah seorang peserta & anda juga boleh mengikuti perkembangan terkini Twisties Superstarz X melalui akaun Twitter rasmi mereka @Superstarz_X. Tidak sabar kami untuk lihat Lady Gaga Malaysia. Heh.