fbpx

Twisties Superstarz X — Masa Untuk Anda Menyokong Enam Peserta Akhir

Selepas proses ujibakat tamat pada 7 April 2013 yang lalu, nampaknya dua orang mentor Altimet & Prema Yin telah memilih enam orang peserta untuk bersaing di peringkat akhir Twisties Superstarz X.

Proses ujibakat yang dijalankan melalui platform jelajah bergerak Twisties Superstarz X dan online ini telah menarik ratusan bakat terpendam dari pelbagai lapisan masyarakat di seluruh Malaysia.

Masa untuk mengenali enam peserta peringkat akhir Twisties Superstarz X. Tiga orang di’pilih Altimet untuk Team Altimet dan tiga orang di’pilih oleh Prema Yin untuk yeah, Team Prema Yin.

#01 Twisties Superstarz X - Enam Peserta Akhir - ROTIKAYA

Altimet telah memilih Kyle, Syah dan Lina untuk berada di bawah ‘jagaan’ beliau untuk sepanjang tempoh saingan Twisties Superstarz X.

Jika dilihat ketiga tiga peserta yang dipilih oleh Altimet, kami lihat mereka mempunyai personaliti unik tersendiri yang memang diperlukan dalam persaingan Twisties Superstarz X ini.

Kyle contohnya dalam video ujibakat beliau berani menyatukan dua buah lagu Bruno Mars & Christina Perri dan hasilnya memang sesuatu yang unik untuk di’dengar. Syah pula tampil dengan versi akustik lagu Everybody Talks memang nampak professional & berpotensi untuk pergi jauh. Paling menarik bagi kami adalah Lina yang berjaya gabungkan Twisties dengan lagu hits Adele, Someone Like You.

#02 Twisties Superstarz X - Enam Peserta Akhir - ROTIKAYA

Prema Yin pula memilih Joey, Young & kumpulan duo Diary of Us untuk menjadi peserta di bawah bimbingan beliau dalam persaingan bakat unik Twisties Superstarz X kali ini.

Satu persamaan yang kami lihat dalam diri ketiga tiga peserta ini adalah kebolehan mereka bermain gitar seperti di’tunjukkan dalam video ujibakat dan juga kemampuan vokal mereka yang kami kira sebagai unik.

Walaupun begitu, kami lihat peserta yang dipilih Prema Yin agak kurang dari segi personaliti unik yang diperlukan dalam persaingan Twisties Superstarz X ini & kami berharap Prema Yin boleh mencungkil persona mereka sepanjang cabaran ini.

Cabaran Pertama – Grooming Session & The Voice

Dalam Cabaran Pertama, kesemua enam peserta Twisties Superstarz X telah diminta untuk menyanyi dengan lagu pilihan Altimet & Prema Yin di hadapan orang ramai bertempat di Asia Cafe, Subang Jaya.

Pada pandangan kami, kesemua peserta mempunyai potensi untuk menjadi penghibur tetapi dalam cabaran pertama ini mereka nampaknya sedikit kaku dalam bahasa tubuh ketika membuat persembahan. Mungkin kerana pertama kali menghiburkan orang ramai di pentas terbuka.

Kyle misalnya sangat cemerlang dalam melontar vokal unik beliau tetapi nampak tidak tahu apa yang ingin dilakukan dengan tangan beliau. Lina dan Joey juga kami nampak mempunyai isu persembahan kaku dalam cabaran kali ini. Harap boleh diperbaiki dalam cabaran akan datang.

Syah tampak paling selesa dalam cabaran pertama The Voice ini dengan gaya unik beliau seperti ditunjukkan dalam video ujibakat. Diary of Us boleh perbaiki chemistry antara mereka yang boleh menjadi tanda unik gandingan duo ini. Young juga nampak selesa menyanyi di hadapan orang ramai.

Anda boleh saksikan webisode cabaran 3 & 4 di www.twisties.com.my. Jangan lupa mengundi finalis kegemaran anda!

Anda juga boleh mula mengundi enam peserta peringkat akhir ini untuk Grooming Challenge yang akan berakhir pada 19 Mei 2013 & para peserta akan berentap di pentas akhir bertempat di Aquasonic, Bandar Sunway pada 25 Mei 2013. Dapatkan kemaskini terkini melalui facebook.com/twistiesmalaysia & Twitter (@Superstarz_X) untuk dapatkan pass masuk ke acara akhir Twisties Superstarz X.