Ini merupakan berita pertama berkaitan Twin Towers @Live 2013 yang bakal berlangsung Mac ini bersempena dengan minggu PETRONAS Malaysia Grand Prix.
Edisi tahun lalu untuk Twin Towers @Live, mereka menampilkan Nicole Scherzinger, SNSD (Girls’ Generation), Orianthi & Kelis sebagai artis jemputan luar negara.
Tahun ini, barisan pertama artis yang akan membuat persembahan telah pun di’umumkan dan ianya adalah Demi Lovato, U-KISS & Rainbow yang masih mengekalkan campuran Hollywood & pop Korea.
Twin Towers @Live 2013 akan berlangsung selama dua malam yang menyaksikan Demi Lovato dan U-KISS tampil pada hari pertama 22 Mac 2013 & Rainbow untuk malam kedua bersama artis tempatan lain.
Itu sahaja maklumat tentang Twin Towers @Live 2013 setakat ini & pihak penganjur berjanji akan memberikan lebih barisan artis yang bakal muncul dalam minggu minggu mendatang.