fbpx

(Tweet) Penyanyi Popular Era 90’an Shamrin Fotograf Meninggal Dunia

Menurut laporan Linda Onn melalui Twitter beliau hari ini, Johan (kumpulan Slam) baru sahaja mengesahkan yang Shamrin (kumpulan Fotograf) sudah meninggal dunia.

Menurut Iqram Dinzly (juga melalui Twitter), punca kematian beliau adalah kerana kegagalan jantung berfungsi & serangan itu terjadi ketika Shamrin bermain futsal hari ini.

Jenazah Shamrin kini masih berada di Kampung Baru Medical Centre (KBMC).

Takziah juga buat Tam Spider sekeluarga yang baru sahaja kehilangan ayah beliau hari ini. Kita sama-sama sedekahkan al-Fatihah buat mereka berdua. (Sumber: @klubbkiddkl)

Utusan Malaysia baru sahaja mengesahkan yang Shamrin Fotograf meninggal dunia. (Sumber: Utusan Malaysia)

Berita lanjut bakal menyusul & kepada sesiapa yang tidak kenal siapa Shamrin Fotograf, video selepas ini dedikasi khas mengenang allahyarham. Al-fatihah.