fbpx

TV Alhijrah Tangguh Siaran Episod Kak Long 7E

Sejak pagi tadi hangat diperkatakan apabila stesen TV Alhijrah dikecam teruk apabila menjemput Kak Long 7E atau nama sebenarnya Wan Nor Baizura Bharudin sebagai tetamu jemputan program Trending.

Difahamkan episod tersebut sepatutnya ditayangkan pada Rabu depan, bagaimanapun TV Alhijrah dalam satu kenyatan menangguhkan tayangan episod berkenaan.

BACA: TV Alhijrah Dikecam Gara-Gara Jemput Kak Long 7E Sebagai Tetamu

TV Alhijrah dalam satu kenyataan berkata, keputusan dibuat selepas mengambil kira kegelisahan yang tercetus dalam kalangan masyarakat.

“Program Trending adalah program perkongsian yang membincangkan isu-isu terkini yang tular di media sosial.

“Kehadiran ‘Kak Long 7E’ di studio juga disertai Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki sebagai panel yang mengambil peranan memberi tausiyah, teguran serta pengajaran kepada ‘Kak Long7E’ agar lebih peka dan bertanggungjawab sebelum berkongsi apa saja isu di mana-mana platform khususnva di media sosial,” tulis kenyataan itu.

Dalam pada itu, TV Alhijrah turut mengucapkan terima kasih atas maklum balas serta teguran penonton serta akan berusaha untuk meningkatkan lagi mutu kandungan mereka.