Tutup Wajah Anak, Elly Mazlein Disindir Netizen
Pasti ramai tahu, pelakon dan pengacara Elly Mazlein selamat melahirkan cahata mata lelaki pada Oktober tahun lalu. Namun, sehingga kini belum mendedahkan wajah anaknya itu.
Baru-baru ini, perkongsian Elly atau lebih disapa Kak Lina menjadi perhatian ramai apabila memuat naik video pendek anaknya, Haider Mateen.
BACA: Lincah Dari Awal Sampai Akhir, Netizen Terhibur Dengan Gelagat Elly Mazlein
Menerusi video itu, anaknya dilihat memakai baju romper berwarna putih dengan gambar pasukan bola sepak terkemuka, Manchester United.
View this post on Instagram
Perkongsian Kak Lina itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang teruja melihat telatah Haider serta memuji kecomelan anak selebriti itu.
Bagaimanapun, ada segelintir netizen menyindir hos Gegar Vaganza itu serta menyamakan dengan selebriti terkenal Neelofa kerana tindakannya menutup wajah Haider.
Meskipun ada yang meninggalkan komen sindiran, namun ada yang mempertahankan Kak Lina dengan mengatakan itu adalah hak masing-masing untuk berkongsikan wajah anak atau tidak.
Terdahulu, Elly memberitahu dia enggan berkongsikan wajah anaknya supaya kanak-kanak itu tidak terpalit dengan populariti dunia seni.
Elly berkahwin dengan Mohamad Azlan pada Januari 2020 dan dikurniakan anak lelaki, Haider Mateen yang memasuki usia setahun.
Sebelum ini, Elly pernah berkahwin dengan pengarah Azmi Hatta pada 9 November 2014 namun bercerai pada Oktober 2015. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Putri Sara Sefhia, kini berusia lima tahun.
Knp plk muka ank perempuan dia pun nak ditup jgk, bkn ke sblm ni kita da tengok muka si sepia ni, mcm2 elly mazlin ni, tapi heran jgk ek kalau psl lofa tutup muka ank dia ramai org x sokong tapi yg kak pom pom ni buat ramai plk yg sokong, bertuah elly ni
Makin over minah ni..
ke dia nak sindir si lopak?
yang dah lama follow dia je tau. dia memang tak pernah tunjuk anak dia dalam sosial media. pia cuma pernah muncul dalam romantika. selain dari tu kaklina tak pernah tayang muka anak dia sampai sekarang. jadi fanatik lopa tak boleh kata dia tiru lopa ok.
aduhhh..spe yg follow kak lina dr dlu perkahwinan pertama dia tu tau la cmne..
kak lina dh lme tutp muke ank dia sbb xnk bg seseorg tu tgk.. janji kak lina happy
yg si lofa tu pn lntak dia la.. hak dia..
Elly lain lopak lain.. Elly x pnah ngada2 nak tunjuk ak. mmg dia x kan tunjuk pun.. tapi lopak, dari tanggan, kaki, rambut, eyhh nthlh.. tau pulak dia penyakit ain.. mngada2 .. propa je lebih.. gedik..
Elly lain lopak lain.. Elly x pnah ngada2 nak tunjuk ak. mmg dia x kan tunjuk pun.. tapi lopak, dari tanggan, kaki, rambut, eyhh nthlh.. tau pulak dia penyakit ain.. mngada2 .. propa je lebih.. gedik..
Yang wajib tutup kat kepala tu.. bkan muka baby
SAMA LEVEL MACAM LOPAK BERIYER. PADAHAL DIRI TU PICISAN JER.
TERBERANGAN DIRI TU KETURUNAN PARIS HILTON ATAU KETURUNAN ORG ADO2 LA TUH. KAU SOROK TERUS MUKA KUARGA KO LAGI AFDOL.
NAK NAK MUKA LAKI DIA ADA YG BERTAPAK SULEMAN TU