Berang apabila wajah kekasihnya dikenali sebagai Mr.E tersebar minggu lalu, Ruhainies menegaskan dia mempunyai sebab tersendiri tidak mendedahkan wajah kekasihnya kepada umum.
Menurut Ruhainies dia tidak mahu terlalu terbuka berkongsikan kisah peribadinya kepada umum dan mahu mengelakkan daripada fitnah melihatkan zaman sekarang macam-macam perkara boleh berlaku.
BACA: Ruhainies Berang Wajah Kekasih Tersebar
“Saya ada sebab mengapa saya tutup muka dia dengan meletakkan emoji apa semua tu…Salah satunya, kami belum rasmi sebagai suami isteri.
“Saya juga nak jauhkan daripada fitnah. Zaman sekarang ni terlalu banyak fitnah, jadi kita nak elakkan perkara tersebut daripada berlaku,” katanya kepada Astro Gempak.
Kata Ruhainies lagi, dia akan mendedahkan wajah kekasihnya apabila sampai masanya nanti dan tiada masalah jika orang ramai melihat mereka bersama di luar.
“Buat masa sekarang ni kami keluar seperti biasa sahaja, tidaklah saya suruh dia pakai topeng atau apa. Cumanya kalau ada orang yang nampak kami bersama tu, nampaklah…Tapi untuk diletakkan di media sosial itu, tidaklah.
“Buat masa ini saya belum bersedia untuk mendedahkan wajah si dia, mungkin masa nak buat pengumuman kahwin nanti kot baru tunjuk,” katanya.
Terdahulu, sebuah portal hiburan berkongsikan wajah kekasih Ruhainies yang diterima dari seorang pengirim yang tidak dikenali melalui emel. Difahamkan foto itu dirakam secara ‘curi-curi’ ketika pasangan itu berada di sebuah majlis.