fbpx

Sejak semalam, orang ramai dan pihak bukan kerajaan (NGO) kini sama-sama berganding bahu membantu pihak berkuasa membantu mangsa-mangsa banjir.

Malah, ramai selebriti turut turun padang untuk memberikan bantuan bagi meringankan beban mangsa yang terkesan dengan bencana itu.

BACA: Putus Dengan Ismail Izzani, Shalma Eliana Akui Ramai Lelaki Cuba Dekati

Penyanyi muda Ismail Izzani turut serta dalam misi tersebut dengan yang membawa barang keperluan untuk diedarkan kepada penduduk di Taman Sri Nanding, Hulu Langat.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Ismail turut berkongsikan keadaan di sana dimana kebanyakan penduduk sudah pulang untuk membersihkan rumah selepas banjir surut.

Namun, lebih menyedihkan penemuan beberapa ekor kucing yang terbujur kaku kerana lemas selepas gagal menyelamatkan diri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @ismailizzani_

Dalam satu perkrongsian di Instagram, Ismail turut meluahkan rasa syukur kerana dapat membantu keluarga yang terjejas di kawasan tersebut dan mereka akan terus membantu dengan apa yang termampu.