Umum mengetahui sejak Jumaat lalu hangat diperkatakan mengenai isu penyampai radio Tyzo Xander yang turut mendapat perhatian penyampai radio popular, Linda Onn.
Menerusi perkongsian di Facebook, Linda simpati dengan nasib menimpa Tyzo yang ditamatkan khidmatnya serta merta serta berkongsikan pengalamannya ketika berkhidmat sebagai penyampai radio.
BACA: Tyzo Minta Kenaikan Gaji Tinggi Punca Kontrak Tidak Disambung?
Menurut Linda, ketika menjadi penyampai di Suria FM satu ketika dahulu dia berjaya menaikkan rating stesen berkenaan bersama beberapa rakan penyampai lain termasuk Halim Othman.
“Satu pintu tertutup, 10 lagi bakal terbuka. Sebenarnya seronok kerja dekat Suria ni dulu. Seronok sebab strategi kumpulan kami berjaya naikkan rating Suria FM.
“Ingat lagi betapa saya terkejut bila baru nak tandatangan kontrak dapat tahu pendengar 700 ribu sahaja. Maklumlah kita dah biasa pendengar berjuta juta.
“Time tu suruh pendengar call, phone tak berbunyi. Tapi berkat usaha gigih team, ada Halim Othman, ada Kudsia, ada Adi, ada kak Adibah Noor, alhamdulillah lepas itu dapat lebih 3 juta pendengar.
“Terus pendengar mengetahui kewujudan Suria FM. Baru sebut topik, line phone menyala non stop! Penangan kita orang dulu,” tulisnya.
Bagaimanapun, Lina berkata selepas berjaya menaikkan rating usaha seperti tidak dipandang apabila kontrak tidak disambung. Katanya lagi, meskipun menang anugerah sekalipun ia tidak membantu sama ada kontrak disambung atau tidak.
“Tapi kejayaan kadangkala tak sentiasa dibalas dengan keindahan. Bila dah berjaya, kontrak kita tak sambung pulak. Padahal tengah rancak, show kita paling high rating.
“Tapi inilah realiti dunia radio. Dengar macam best. Terpeleot sikit, nasib kita di hujung dakwat pen tu. Tengah sedap dapat rezeki, tengah sedap layan pendengar, tengah happy dengan pekerjaan, tup tup esok. Kontrak tamat, sabar je lah.
“Yang tahu dunia radio saja tahu. Banyak yang Indah tapi segalanya bergantung kepada ‘kontrak sambung ke tak’, walaupun menang ABPBH 7 kali sekalipun. Tak membantu ya. Sekian pengalaman daripada saya,” tulisnya.