fbpx

Sebut sahaja air teh, memang akan terbayang kenikmatan teh yang sebenar. Ini semua gara-gara teh sudah sebati dengan kita. Teh memang diterima secara meluas sebagai minuman ‘wajib’ ada. Tak kira lah di rumah, pejabat mahupun masa lepak di mamak!

Sekali minum sahaja sudah pasti akan bertambah. Itulah yang mampu digambarkan sekiranya anda menikmati teh. Lagi-lagi dengan teh BOH. Anda boleh rasai sendiri nikmat teh sebenar yang sempurna dengan BOH. “Ada BOH, Ada UMMPH“!

Tagline BOH ini sangat sesuai dengan keadaan sekarang. Walaupun sekarang kita berada di norma baharu akibat COVID-19, kita perlu tunjukkan semangat ‘ummph’! Jangan putus semangat dengan perubahan yang berlaku sekarang kerana kita di Malaysia sangat prihatin antara satu sama lain.

Secara tidak langsung tema kemerdekaan dan Hari Malaysia pada kali ini adalah ‘Malaysia Prihatin’. ‘Malaysia’ bermaksud seluruh rakyat Malaysia berganding bahu memerangi pandemik COVID-19, manakala ‘Prihatin’ mewakili keprihatinan Kerajaan yang mengutamakan kesejahteraan dan kebajikan rakyat.

Jika anda dapat lihat logo yang dipilih berbentuk hati dengan warna Jalur Gemilang melambangkan keprihatinan Kerajaan untuk rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Jadi inilah masanya kita semua bersatu hati seperti tagline BOH. Biar semua bersepakat untuk tunjukkan nilai Ummph demi untuk hapuskan virus berbahaya ini.

Bagi kan air teh yang pada asalnya hanyalah serbuk dan apabila disatukan di dalam air akan bertukar warna pekat sehingga memberi aroma yang memikat dan cita rasa teh yang sebenar apabila diminum.

Begitu juga lah, kita sebagai rakyat Malaysia, meskipun masing-masing mempunyai cita rasa sendiri terhadap teh. Ada yang suka Teh O, ada yang lebih suka Teh Tarik. Tapi kita semua satu Malaysia, berbilang kaum. Walaupun citarasa berbeza tapi kita semua harus bersama dan bersatu hati dalam memutuskan rangkaian COVID-19. Ingat SOP perlu dijaga tak kira siapa pun anda!

Ha! Sebelum kami terlupa, apa kata jom ramai-ramai beli BOH Pot Bag secara dalam talian sahaja di sini. Asal serabut dengan masalah, anda boleh rehat seketika dan layan teh BOH yang sudah hampir 91 tahun di pasaran. Ingat! Ada BOH, Ada Ummph!