fbpx

“Tunjuk Kami Cara Mengacara Dengan Bagus”

Gara-gara komen pedas beberapa selebriti mengenai pelawak syok sendiri apabila mengacara, Nabil Ahmad tampil bersuara. Jelasnya, isu pelawak menjadi pengacara dibangkitkan kerana sikap tidak puas hati mereka.

BACA: Nabil Ahmad Pengacara Lelaki Paling Mahal?

“Banyak beza antara kritikan membina dan menghentam. Setiap orang mempunyai pendapat masing-masing, tetapi apabila terus mengheret pelawak yang menjadi pengacara sebagai isu, dia seperti tidak berpuas hati”

“Kalau penonton kurang selesa dengan cara penyampaian saya, tidak mungkin saya masih bersama MeleTOP selama lima tahun. Memang saya pelawak, tetapi bukan cara saya untuk buat lawak tidak bertempat”

Dalam masa sama, Nabil sempat memerli mereka di kalangan selebriti yang tidak berpuas hati untuk menunjukkan cara menjadi pengacara dengan betul. Tajam betul kata-kata Nabil buat mereka.

“Setiap program mempunyai kelompok penonton yang tersendiri. Mana mungkin boleh syok sendiri. Kalau dia rasa pelawak tidak sesuai sebagai hos atau lawak kami tidak bertempat, mungkin boleh tunjukkan bagaimana caranya menjadi pengacara yang bagus,” jelasnya.

Terdahulu Aiman Hakim lantang bersuara mengenai pelawak yang menjadi pengcara tapi syok sendiri dalam membuat lawak berserta hashtag MeleTOP. Turut bersuara, Syazwan Zulkifli mendakwa hos wanita Melodi terlalu gedik. (rtky/w)