fbpx

“Tunjuk Bukti Suami Saya Nak Penjarakan Elly Mazlein”

Baru-baru ini menerusi Instagram, pelakon Elly Mazlein meluahkan rasa terkilan dengan suaminya, Azmi Hatta yang bukan saja tidak memberikan nafkah anak, malah membuat tuntutan mahu beliau dipenjarakan di atas sebab tidak bertanggungjawab terhadap anak.

Sehingga kini tiada kenyataan rasmi daripada pihak Azmi Hatta sendiri. Namun, isteri Azmi iaitu Faye Kusairi akhirnya membuka mulut apabila ada netizen yang bertanyakan tentang isu tersebut.

BACA: Elly Mazlein Terkilan Bekas Suami Mahu Sumbatnya Ke Penjara

Menerusi jawapan yang diberikan, Faye dilihat mempertahankan suaminya dan meminta agar Elly mengemukakan bukti kukuh tentang dakwaan bahawa suaminya mahu beliau dipenjara.

Menurut Faye, kes yang difailkan bukanlah mahu penjarakan Elly Mazlein, tetapi ia berikutan kesalahan Elly yang melanggar perintah mahkamah.

Tambah Faye lagi, dia meminta agar netizen tidak tuduh melulu dan periksa fakta terlebih dahulu sebelum menghentam. Faye juga turut memberikan cadangan agar netizen meminta Elly sendiri kemukakan bukti tentang isu tersebut.

Diharap dalam bulan mulia ini semuanya dapat diselesaikan dengan cara baik dan tidak timbul pertelingkahan. Netizen ni pula jangan la jadi batu api sehingga menyebabkan keadaan menjadi lebih teruk.