fbpx

Tunjuk Buah Dada, Ada Pihak Mahu Alica Amin Digam

Siapa tak kenal dengan model kontroversi yang juga peserta Asia’s Next Top Model musim ke-5 ini. Pernah muncul dalam sebuah drama terbitan TV3, nama Alicia Amin kini semakin dikenali.

Pernah memuat naik foto separuh bogel sebelum ini, terbaru gadis kacuan Melayu-Jerman ini tampil berani memuat naik foto yang menampakkan buah dadanya.

Tidak senang dengan tindakan model tersebut, ada pihak menggesa stesen televisyen dan JAKIM untuk mengambil tindakan serta tidak membenarkan Alicia untuk muncul di TV kerana tindakannya yang tidak bermoral.

“Tolong gam Alica Amin daripada muncul di TV atau mana-mana media. Dia memuat naik foto tidak berbaju di pantai Terengganu dan bangga dengan tindakan tersebut tanpa ada rasa bersalah.

Berikutan itu, Alicia bertindak menjawab pantai tersebut adalah ‘private property. Namun apa yang menjadi isu ialah tindakan Alicia yang memuat naik foto tersebut untuk tontonan awam.