“Tunggu Lampu Hijau Ibu Wak Doyok” – A.Aida
Baru-baru ini, hangat diperkatakan foto mesra penerbit tersohor, Datuk A. Aida meraikan sambutan ulang tahun kelahiran pelakon, Wak Doyok sehingga timbul spekulasi mengatakan mereka sedang bercinta.
Memetik Kosmo, Aida berkata dia dan Wak Doyok adalah ‘BFF’ (Best Friend Forever). Aida turut menyifatkan Wak Doyok seorang yang penyayang dan kelakar selain berkerjaya serta bergaya.
BACA: Ibu Wak Doyok Nak Menantu Anak Dara, Tak Nak Janda
“Hakikatnya kami memang sudah kenal bertahun-tahun, cuma beberapa bulan lalu persahabatan ini menjadi semakin rapat sampai boleh dikatakan sudah ke tahap BFF.
“Dia seorang yang sangat ‘caring’ dan penyayang. Kami boleh serasi kerana dia punya ‘sense of humor’ serta sangat mementingkan penampilan diri sama seperti saya.
“Kami tahu ramai tertanya-tanya (sejauh mana hubungan), tapi apa yang boleh saya cakap doakan kami saja. Kalau ada jodoh, adalah,” katanya.
Menurut Aida, dia tidak terburu-buru untuk menamatkan zaman solo serta anak-anaknya turut memberi pesanan kepadanya supaya mencari lelaki berkerjaya sebagai pasangan.
“Saya pernah serik untuk membuka pintu ke alam perkahwinan semula selepas melalui beberapa kali fasa kehancuran rumah tangga, tetapi rasa fobia itu kini semakin menghilang,” katanya.
Dalam pada itu, Aida berkata dia sedia maklum mengenai kenyataan ibu kepada Wak Doyok yang sebelum ini yang mahukan menantu anak dara dan menolak wanita berstatus janda.
“Memang saya tahu mengenai perkara tersebut. Sebab itu saya cuma mampu katakan biarlah semuanya saya serahkan soal kepada jodoh.
“Sekiranya ibu Wak Doyok memberikan lampu hijau, ada lah jodoh kami. Cuma saya pun masih belum bertemu dengan ibunya buat masa ini,” katanya
- SUMBER
- Kosmo
Mestila bkl mil setuju. Ye dak. Menantu kaya raya blh tumpang senang
Wal doyol masih teruna kah? Tanya je..
A.Aida ni belum pernah kawen?
Tak silap dia ni bekas bini Ameng Spring… Dulu mukanya lain..sekarang entahlah…lu pikir la sendiri..hahaha
Cantik nampak muda
Soooo muka nenek die nampak muda stop bullying people Yang muda lagi mulut kotor muka tua
Eh Yang muda belum tentu secantik dia sondalnya mulut nenek
Haha…Dah tua tu bukannya akan nmpak muda selamanya. Dh tua mestila nmpak tua pun.. org klau dh tua nk buat jadi muda pun, akan jadi elok ke…hmm
jangan kantoi bagi allowance dkt hanak hikan engko udah lerrr
Fikirlah sendiri ni mesti ppuan muda jeles perempuan berumur nampak muda alah biaselah dah lah muda umur 23 an tapi nampak Tua sebab hati buruk sampah
Lebih rela tengok A Aida Dari tengok budak kecik umur 23 meroyan cam IRA Kazar nak Tua cepat lapar perhatian laki dah lah muka Tua umur muda rupanya buruknye
Lawak la komen you all.. haha..
Meroyan apa hanat. Kau dapat apa dok meroyan puji org tua tu bagai.. dia bagi kat kau Rm berapa..entah² kau ni anak ikan dia ..ahahaha