fbpx

Tunggu Hari Nak Bersalin, Izreen Azminda Sukar Tidur

Bakal menimang cahaya mata ketiga tidak lama lagi, pelakon Izreen Azminda memaklumkan dia mengalami masalah sukar tidur pada waktu malam.

Berkongsikan perkara itu di Instagram, Izreen berkata dia kini hanya menunggu hari untuk bersalin. Ujarnya lagi, dia juga kini kurang makan.

BACA: Bakal Bersalin, Izreen Azminda Bimbang Isu Tertukar Bayi

“Sudah hujung-hujung (menunggu masa bersalin), memang semua mak-mak ada masalah tidur ke? Saya susah sungguh nak tidur sejak akhir-akhir ini.

“Kalau tidur pun, hanya tidur-tidur ayam sahaja. Pusing sana tak kena, pusing sini tak kena. Makan pun dah kurang,” katanya.

Dalam pada itu, Izreen memaklumkan berat badannya kini sudah mencecah 80 kilogram. Perkongsian Izreen itu mendapat reaksi daripada netizen yang turut berkongsi pengalaman sama.

Izreen mendirikan rumah tangga bersama Ude atau pada 2017. Pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Aaron Ibrahim yang kini berusia dua tahun. Izreen juga mempunyai seorang anak lelaki hasil perkahwinannya terdahulu iaitu Muhammad Adrian Umar.