fbpx

Tunang Serah Kepada Shah Jaszle Selesaikan Masalah

Bertitik tolak dari kenyataan seorang wanita yang memberitahu kepada melodi baru- baru bahawa dia merupakan pasangan khalwat kepada Shah Jaszle kini Redzwani Puteri menyerahkan segala-galanya kepada tunangnya untuk menyelesaikan masalah itu selepas pendedahan tersebut.

Apabila diminta memberikan penjelasan Puteri sekadar membalas khidmat pesanan ringkas (sms) untuk memberitahu bahawa dia kini sedang sibuk dan menyerahkan segalanya kepada Shah Jaszle untuk selesaikan.

Sebelum itu kecoh juga lah pada Ahad lalu berkaitan isu Shah Jaszle ditangkap khalwat bersama seorang perempuan yang diakui sendiri sudah berkenalan selama setahun dan selepas mereka ditangkap Shah Jaszle berjanji untuk bertanggungjawab dengan apa yang telah berlaku.

Namun yang sebaliknya berlaku sehingga membuatkan wanita tersebut bertindak menjelaskan kepada pihak Melodi.

Shah Jaszle sepatutnya bakal berkahwin dengan Puteri pada tahun 2015, apa kesudahannya?