fbpx

Tunai Umrah, Netizen Doa Emma Maembong Kembali Berhijab

Bulan lalu, nama Emma Maembong menjadi bualan hangat dan dikecam hebat oleh netizen susulan tindakannya yang membuka tudung selepas lima tahun berhijab. Bagaimanapun tidak lama kemudian nama Emma senyap sahaja dan mungkin kemarahan netizen sudah mulai reda.

“Bukan KLIA Sahaja, Airport Seluruh Malaysia Perlu Dinaik Taraf”

Baru-baru ini isu lapangan terbang di Malaysia menjadi bualan ramai apabila sebuah gabungan syarikat antarabangsa termasuk Global Infrastructure Partners (GIP) membuat bidaan untuk membeli pegangan penting dalam Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB). MAHB diketahui umum...

Baca Lagi

Terbaru, difahamkan Emma kini berada di Tanah Suci Mekah menunaikan ibadah umrah bersama keluarganya. Menerusi Insta Story, Emma berkongsikan video di Masjid Nabawi dan turut memuat naik gambar bapanya.

BACA: Gambar Terbaru Bukti Emma Maembong, Syed Abdullah Masih Bersama

Seperti sudah dijangka, foto tersebut dihujani dengan komen negatif oleh netizen. Tidak kurang juga ada yang melemparkan komen biadap dan berbaur sindiran.

Meskipun ramai yang mengecam, namun ada segelintir netizen masih berharap agar pelakon itu dibukakan hati untuk kembali berhijab seperti dahulu. Malah ramai yang mendoakan agar dipermudahkan segala urusan dan mendapat umrah yang mabrur.

Ada saja serba tak kena di mata netizen. Lebih baik jika kita doakan yang baik-baik saja untuk Emma. Kami mendoakan semoga segala urusan Emma sekeluarga dipermudahkan dan selamat kembali ke tanah air.