Lama Idam Nak Rumah Sendiri, Ajak Shiro Bina Rumah Untuk Bapa
Memenuhi impian bapanya yang mahu memiliki sebuah rumah sendiri selepas bersara, menerusi satu entri Instagram Ajak Shiro berkongsi rasa teruja melawat ke tapak pembinaan rumah baharu bapanya, di Kluang, Johor.
Menurut Ajak berkata, rumah setingkat yang memiliki tiga bilik tidur itu kini masih dalam pembinaan dan sudah hampir siap. Ujarnya, rumah tersebut lebih selesa jika dibandingkan dengan rumahnya ketika di zaman kecil.
BACA: Ajak Shiro Azam Berhenti Rokok Selepas Menang MLM 2018
“Alhamdulillah dah nak siap dah rumah. Dah lama dah abah saya ni nak ada rumah sendiri. Kesian dia, dulu nak besarkan kiteorang lapan orang, tak ada duit nak buat rumah. Dah pencen baru ada duit…Allah hai…Sekarang ni kita tunggu rumah pencen siap,” katanya.
Menerusi perkongsian itu, Ajak juga turut membuat ‘tour’ menunjukkan keadaan di sekeliling rumah tersebut yang berlatar belakangkan pemandangan dari Gunung Lambak.
“Tak tergambar dengan kata-kata, happy rasanya. Kalau nak dibandingkan dengan pengorbanan Abah dan emak membesarkan kami lapan beradik memang tak ada. Semoga Abah gembira ada rumah sendiri,” katanya kepada Gempak.
Kata Ajak lagi, dia berharap agar kediaman tersebut dapat disiapkan sebelum akhir tahun ini dan berterima kasih kepada mereka yang yang bertungkus lumus untuk menyiapkan rumah berkenaan.
- SUMBER
- Astro Gempak
Pelawak skrg hidup mewah bkn cam dlu-dlu…
Alhamdulillah.
Wow kaya..jom tak seberapa…SPRM sila siasat mamat ni
Rumah setingkat 3 bilik utk balas jasa ibu bapa, takkan lah SPRM pun nak disuruh siasat? Agak2 lah wei! Semoga Ajak dan isteri dimurahkan rezki.
Besnadim, sila muhasabah diri, cermin diri dan lihat apa jasa kamu kepada ibubapa.
Untuk pengetahuan, Ajak shiro adalah pesara awal TLDM, ada pencen bulanan, selain wang hasil penyampai radio dan persembahan lawak. Isteri Ajak adalah guru sekolah menengah di Kota Damansara. Mereka berdua mampu sediakan duit untuk buat rumah di kampung dengan hasil keringat sendiri. Hasil carian halal dan berkat inilah yang mereka gunakan untuk membina rumah orang tua agar mereka lebih selesa dan gembira, bukan untuk bermewah mewah.
Bukankah membahagiakan dan menggembirakan orang tua itu bagus, malah lebih afdal jika dengan hasil titik peluh halal dari anak anak.
Fikir-fikirkan.
Wallah hu aklam.