fbpx

Bekas Isteri Shuk Sahar Didakwa Jadi Penyondol Rumah Tangga Orang

Tiada angin tiada ribut hangat diperkatakan di media sosial apabila ada individu mendedahkan mendakwa bekas isteri Shuk Sahar iaitu Rossa Sera menjadi penyondol serta punca keretakan rumahtangga orang.

Menerusi perkongsian di Insta Story menggunakan akauan @jannalis4_, individu tersebut mendakwa Sera bercinta dengan suami orang serta banyak peluang diberikan supaya berhenti mengganggu lelaki berkenaan.

BACA: Bekas Isteri Shuk Sah Bertunang, Bakal Nikah Tahun Depan

Malah, pada 2 Februari lalu individu itu mendakwa isteri sah kepada lelaki berkenaan mengajak Sera berjumpa selepas dipaksa dan Sera memberi jaminan tidak akan lagi menggangu lelaki tersebut.

Bagaimanapun, individu itu mendakwa Sera dan lelaki berstatus suami orang itu masih lagi berhubung serta jaminan dibuat sebelum ini hanya untuk menutup mata isteri lelaki berkenaan.

Sementara itu, individu tersebut mendakwa lelaki tersebut lebih memilih Sera berbanding isteri yang sah di hadapan anak-anak mereka.

Setakat ini tidak dapat dipastikan kesahihan dakwaan individu berkenaan. Hasil tinjauan, rata-rata netizen membanjiri Instagram Sera meminta wanita tersebut tampil menjelaskan perkara sebenar.