fbpx

Tular Video TikTok ‘Salah Parking’, Neeta Buat Laporan Polis

Tiada angin tiada ribut kecoh mengenai penyanyi Neeta Manis apabila tular bebuah video TikTok yang dikatakan menjatuhkan maruahnya sebagai seorang wanita.

Menerusi video tular itu, tertulis ayat ‘salah parking yang didakwa merujuk kepada Neeta sedang membetulkan pakaiannya ketika rakaman All Together Now Malaysia baru-baru ini.

BACA: Neeta Bengang Netizen Bandingkan Dirinya Dengan Pavithra

Susulan penularan video itu, Neeta bersama syarikat rakamannya, Nar Records Sdn. Bhd. tampil membuat laporan polis terhadap seorang pengamal media.

“Video itu amat memalukan dan menyentuh sensitiviti serta maruah Neeta sebagai wanita. Dengan niat atau tujuan apa individu terbabit masih tidak dapat dipastikan kerana usaha untuk menghubunginya gagal dan tiada sebarang maklum balas diberikan sehingga kini.

“Mungkin bagi sesetengah orang, perkara ini kecil tetapi pihak pengurusan menyelar perbuatan tersebut kerana telah mengundang kecaman dan tomahan orang terhadap anggota tubuh badan serta diri Neeta sendiri,” ujarnya.

Difahamkan, sehingga kini video tersebut masih lagi tidak dipadam di akaun TikTok dan sudah meraih hampir 500,000 tontonan.