fbpx

Neeta Bengang Netizen Bandingkan Dirinya Dengan Pavithra

Umum mengetahui YouTuber masakan popular, S Pavithra mendapat pujian ramai kerana keupayaannya berbahasa Melayu. Bagaimanapun, penyanyi Neeta Manisha meluahkan rasa kesal apabila netizen membandingkan dirinya dengan Pavithra.

Neeta berkata tindakan netizen membandingkannya dengan Pavithra itu disifatkan sangat melampau kerana mereka mempunyai latar belakang yang berbeza.

BACA: Neeta Dikecam Kerana Peluk Han Byul Di Pentas

Difahamkan, baru-baru ini Neeta bertutur dalam bahasa Inggeris ketika hadir dalam satu rancangan televisyen. Susulan itu ada netizen memintanya untuk bercakap dalam bahasa Melayu serta membandingkannya dengan Pavithra.

“Saya bengang apabila ada rang bandingkan saya dengan Pavithra, saya rasa itu melampau. Bagi saya, anda tak bleh bandingkan saya dengan Pavithra, saya rasa itu melampau,” katanya kepada mStar.

Mengakui Pavithra lebih fasih bertutur dalam bahasa Melayu berbandingnya, bagaimanapun, Neeta berkata dia kecaman yang dilemparkan sangat mengarut kerana dia mempunyai 10 lagu dalam bahasa Melayu.

“Saya pun nak juga fasih bercakap bahasa Melayu macam dia, tapi dah tak syok la apabila orang bandingkan kami padahal selama ini saya dah menyanyi sepuluh lagu dalam bahasa Melayu,” katanya.

Dalam pada itu, Neeta mengkaui rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa perlu pandai berbahasa Melayu. Neeta juga mengatakan bahasa utama yang sering digunakannya adalah basaha Inggeris.

“Sudah tentu semua orang perlu tahu berbahasa Melayu, isunya ialah sama ada fasih atau tidak sahaja.

“Untuk saya, bahasa Inggeris adalah bahasa pertama dan bahasa Melayu adalah bahasa kedua saya sebab tu kadang-kadang ada pelat,” katanya.