fbpx

Tular Video Noh Hujan Meludah Atas Pentas

Sebelum ini hangat diperkatakan mengenai Noh Hujan yang tampil memegang rokok ketika muncul di Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2022 (KLFW2022).

Rata-rata netizen terkejut dengan tindakan Noh itu yang dikatakan tidak wajah dipertontonkan kepada umum. Kata netizen lagi, meskipun rokok tersebut tidak dibakar namun ianya kurang sopan.

BACA: Noh Salleh Belum Sedia Bersemuka Dengan Media

Terbaru, tular video di laman Twitter memaparkan aksi Noh meludah ketika di atas pentas dipercayai ketika membuat persembahan di satu acara.

https://twitter.com/myraibrahim_/status/1576545229171486720?

Dapat dilihat menerusi video itu Noh seolah meludah ke arah peminat yang berada di bawah. Turut tertera kapsyen pada video berbunyi, “Nasib la siapa kena ludah tu”.

Video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terkejut dengan tindakan Noh itu serta mengatakan geli dengan apa yang dilakukan oleh penyanyi berkenaan. 

Dalam pada itu, ada yang mengatakan Noh dilihat berbeza selepas bercerai serta ada netizen tertanya-tanya adakah penyanyi itu sakit selepas melihat tindakannya itu.

Terdahulu, pasangan selebriti Mizz Nina dan Noh Salleh mengejutkan industri hiburan apabila mengumumkan mengenai perceraian mereka selepas 11 tahun mendirikan rumah tangga.