fbpx

Tular Gambar Sarung Cincin, Zara Zya Dah Bertunang Ke?

Tiada angin tiada ribut, tular gambar pelakon Zara Zya dilihat disarungkan cincin oleh seorang wanita ke jarinya.

Susulan gambar tular itu, sekaligus mencetuskan tanda tanya netizen sama ada pelakon itu kini bergelar tunangan orang.

BACA: Zara Zya Mengaku ‘Cucuk’ Muka, Bibir

Menerusi gambar tersebut, meskipun diambil dari jauh namun kelihatan jelas wajah Zara yang dilihat memakai pakaian serba putih.

Memetik Harian Metro, Zara bagaimanapun berkata akan berkongsikan apabila tiba masanya nanti serta meminta mendoakan yang baik-baik buat dirinya.

“Maaf buat masa ini saya tidak boleh berikan sebarang komen. Apabila tiba masanya nanti, pasti saya akan berkongsi kepada umum.

“Apa yang boleh saya katakan adalah doa yang baik-baik saja buat saya. Terima kasih semua,” katanya.