fbpx

Tular Gambar Berdua, Kekasih Sharnaaz Ahmad Pramugari? 

Pejam celik sudah dua tahun Sharnaaz Ahmad menjalani kehidupan solo selepas bercerai. Sudah pasti pelakon itu tidak terlepas dengan soalan jodoh ataupun bilakah akan bertemu pengganti.

Baru-baru ini, tular di aplikasi TikTok apabila seorang wanita dikenali sebagai Diyya.eqa memuat naik gambarnya bersama Sharnaaz Ahmad.

BACA: Sharnaaz Ahmad Titip Ucapan Istimewa Sempena Hari Lahir Jebat

@dhea.nsz

Jangan tag dia #fyp #fyp? #cabincrew #flightattendent #aircrew #stewardess #batikair

? ???????????? – chinese – chinese

Difahamkan, wanita tersebut merupakan seorang pramugari apabila dilihat memakai busana kebaya sebuah syarikat penerbangan.

Diruangan komen, rata-rata netizen kedua-duanya sememangnya sepadan dan tidak kurang juga ada yang mendakwa wanita itu merupakan kekasih Sharnaaz.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan kesahihan mengenai perkara itu dan tiada kenyataan daripada Sharnaaz mahukpun wanita tersebut.

Terdahulu, Sharnaaz pernah berkahwin dengan Noor Nabila pada 31 Mac 2017 dan berpisah pada 9 Julai 2020. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Jebat Jayden kini berusia empat tahun.